fbpx

Azidah Beauty

2 Kaedah Mudah untuk Tahu Samada Rahim Sihat atau Tidak?

Uolz boleh buat sendiri kat rumah.

Kaedah Mudah Untuk Tahu Rahim Sihat atau Tidak

Salam & Hai Semua,

Semalam Kak Azi ada tanya pada ahli Komunti Group FB Kunci Rumah Tangga Bahagia soalan:

” Ada yang nak tahu 2 Kaedah Mudah untuk Tahu Samada Rahim Sihat atau Tidak? Uolz boleh buat sendiri kat rumah. “

Wah! Ramai sungguh yang nak tahu macam mana cara nya. Niee kalau sorang-sorang ber wasap dengan Kak Azi. Boleh pengsan nak menjawab nya nihh 😅

So, jom Kak Azi share kan cara nya di blog ni supaya ia bermanfaat untuk semua nya yer.

Anda check sendiri untuk membantu anda memahami apa yang berlaku sebenarnya.
Sebabnya yang boleh rasa adalah anda sendiri.

Terdapat 2 kaedah yang mudah untuk mengesan kedudukan rahim, iaitu:

1. Dalam keadaan berbaring, letakkan jari ke dalam pusat. (Digalakkan untuk Anak Dara)

Jika terasa denyutan, bermakna rahim berada di posisi yang betul.
Jika denyutan terasa di bahagian bawah pusat hingga ke bawah, anda perlu berurut dengan bidan yang pakar bagi menaikkan kembali rahim peranakan (sengkak).

2. Secara Mencangkung.

Masukkan jari ke dalam miss V secara perlahan dan cuba sentuh objek berbentuk bulat seperti guli tetapi lembut.

Jika anda dapat menyentuhnya pada ketika jari masuk di ruas 1 (rujuk gambar di bawah) bermakna rahim peranakan sudah menggelongsor turun dari kedudukannya.

Untuk kepastian, ambil cermin dan tengok jika ada daging yang sudah terkeluar.

Jika jari boleh masuk hingga mencecah ke Ruas 2 dan 3. Ini bermakna kedudukan rahim anda pada tahap yang memuaskan kenikmatan sang suami.

11 Tanda-tanda Rahim Jatuh Yang Perlu Anda Awasi

1. Bahagian bawah sentiasa basah, berair dan berbau – peranakan menjadi kembang.
2. Sakit ari-ari – Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha.
3. Kencing tak lawas, ngilu dan sakit ketika buang air kecil.
4. Sakit tumit. Rasa berdenyut-denyut dan menyucuk-nyucuk.
5. Sakit telapak kaki, rasa sengal-sengal dan bisa-bisa urat.
6. Sakit pinggang seperti sakit melingkar kawasan pinggang dan ari-ari.
7. Sakit ketika bersama. Sukar melakukan hubungan suami isteri.
8. Selalu kembung perut.
9. Rasa ada benda yang sedang bergayut atau benda nak terkeluar di kawasan pembukaan vagina.
10. Peha dan betis rasa kebas-kebas.
11. Sering kentut vagina, keluar angin dari depan.

Rata-rata customer yang ber wasap dengan Kak Azi & Team untuk meminta consultancy atau pendapat.
Bila kami bertanya apa sis rasa?
Boleh sis terangkan…?
Sakit macam mana?
Senak.. Kencing tak lawas.. Sakit tumit..kembung..lendir berbau..

Majoriti daripada mereka  akan jawab sakit kat ari-ari, tumit sakit, pinggang sakit.

Okey macam ni yer.
Kadang kita rasa sakit kata ari-ari. Dan dalam pada yang sama sakit pinggang.

Sakit tumit pula, biasa ada 2 sebab:

(1) Adalah sememangnya signal rahim tak sihat.
(2) Adalah faktor berat badan bila kita lama berdiri atau memakai kasut tumit tinggi.

Ada juga situasi rahim kita masuk angin. Urat kat rahim masuk angin (tu kena jaga-jaga tentang pemakanan. Bukan bedal apa yang ada je. Makan tu biar berpada-pada ya. Kalau boleh, biarlah cerewet bab-bab pemakanan. Ambil tahu apa yang kita makan, tahu cara penyediaan 😉

Jadi saya kongsikan 2 kaedah mudah kat atas, bagai mana anda boleh tahu kedudukan rahim anda. Boleh tahu rahim dalam keadaan sihat atau pun tidak,

Kalau dapat kesan awal tak sihat. Boleh terus berjumpa doktor untuk scan atau check apa yang sebenarnya terjadi pada rahim anda. Kemudian bila dah tahu keadaan sebenarnya. Terpulanglah samada nak teruskan rawatan perubatan secara klinikal atau tradisional.

Sayangi diri anda. Beringat sebelum terkena. Ada kes bercerai berpisah rumahtangga sebab TOMBONG rahim (atau bahasa lain nya PROLAPSE) keluar dari miss V taww!

Jangan main-main. Ni kes betul.

Apakah Prolapse ?
Kekenduran Rahim.

Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar ‘tombong’’.

Diantara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut:

Gangguan perkencingan.

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk, bersin ataupun apa apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal. Keadaan ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudu’nya.

Gangguan hubungan kelamin.

Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit. Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami. Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

Ketidakselesaan dan sakit pinggang.

Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering-kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di antara mereka yang mengadu sakit pinggang.

Gangguan Kesihatan

Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang berpanjangan. Malah ada setengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya.

Sumber: Ditulis oleh Dr Hamid Arshat
https://pakar-sakitpuan.blogspot.com/

Sayangi rumahtangga anda yer..

PERINGATAN juga pada yang belum berumah tangga. Anak dara dan gadis-gadis yang menjalani aktiviti lasak, juga berisiko rahim jatuh. Rahim ada juga perlu di jaga baik-baik tawww.

Nak kami bantu bagi cadangan penjagaan rahim ?

Jika NAK , tekan button NAK di bawah ni untuk maklumat selanjutnya.

P/S : Jika takut nak masuk jari dalam keadaan ketat ke miss v tu, boleh titiskan Chenta Oil atas jari sebagai pelincir supaya tak sakit (Klik di sini untuk maklumat lanjut Chenta Oil).

Pastikan potong kuku dan cuci jari bersih-bersih dengan Feminine Wash atau Sabun Sireh Suzyhoney sebelum meruang ke miss v untuk check rahim.

* Perlu di ingatkan apa yang bakal saya kongsikan tentang penjagaan rahim untuk langkah pencegahan kepada Tombong prolapse, Kanser rahim adalah kepercayaan dari sudut Perbidanan Melayu. Bukan dari sudut kedoktoran atau medical ya.

error: Content is protected !!
Scroll to Top